Saturday, October 3, 2009

Tension Week.........


Minggu ni aku rasa tension jer.....tak tau pahal, mungkin hormon tak stabil kot. Sebab aku tengok dalam satu rancangan kalau tak silap program 3R. Alah , citer pasal orang pompuan tuh, selagi berilmiah aku layan jer. Katanya hormon lelaki lagi selalu tak stabil berbanding pompuan. Iyelah kot....

Banyak giler kerja nak disiapkan, tapi mood kerja lambat giler nak datang. Mungkin bak kata Amy Search dalam lagu dia 'Aku dah Bosan'. Aku tak tau korang ada perasaan cam aku ni atau tak, perasaan apabila buat benda yang sama dalam satu jangka masa yag lama membuatkan kita rasa seperti hidup tanpa roh. Atau mungkin aku jer yang rasa .....kan?

Tapi kalau nak fikir kan masalah, semua orang ada masalahkan. Jadi kenalah gunakan kebijaksanaan dan kewarasan dalam mengawal segala tindakan yang kita buat. Jadi ilmu dan pengalaman adalah panduan untuk kita membuat keputusan itu. Tapi kalau kita fikirkan secara logik, kalau dalam dunia ni hidup kita asyik gembira jer pun tak seronok jugak, kalau hari2 ketawa tak da tangisan, hilang lah warna kehidupan.

Petang tadi aku satu family turun mandi kat pool. Berenang ni walau dah lama tinggal tapi skill tu tetap tak hilang. yang hilang cuma stamina jer. Jadi kepada sesiapa yang tak reti berenang, belajarlah berenang. Bila dah pandai rasanya kemahiran tu takkan hilang macam bawak basikal gak. Dalam buku kiyosaki dan trump yang aku baca pun ada kata, cara terbaik untuk belajar adalah dengan melakukannya. So kalau berenang ker, investment ker, sumernye kita kena buat sendiri. Dengar nasihat orang tu boleh tapi kuputusan kita buat sendiri. Satu lagi bila mintak nasihat @ pandangan mintak lah dari orang yang dah buat atau ada pengalaman, jangan ikut pandangan dia atau perasaan dia aje. Contohnya tanya pasal kahwin pada orang yang belum kahwin, mestilah jawapan dia ikut suka atau ikut imaginasi dia je, kan? Bila sebut pasal kawin contohnya; sebelum kahwin kita ingat semuanya indahkan? Tapi bila dah kawin hanya orang dah kawin jer boleh cakap pasal kawin dan berkeluarga.

Malam ni aku close account belanja last month. Dah 2 tahun lebih aku buat benda ni. Kiranya macam akaun syarikatlah jugak, cuma x bleh buat loan jer. So every month aku tau lah aku spend lebih atau kurang dari income terkumpul aku selain boleh predict untuk belanja bulan depan. Aku dan wife aku join akaun jer(gaji sekalikan), dia percaya kat aku dan juga plan yang aku buat. Macam mana nak dapat kepercayaan isteri untuk dapat kongsi akaun dan pegang duit isteri kena tunggu aku buat e-book nanti. Title lebih kurang camni ;"How to be the true Leader, even in ur own house". Setakat ni apa yang aku buat, aku present kat dia, dan alhamdullillah dia satisfied. Sapa nak aku bleh ajar. FOC.....

Insyaallah minggu depan mungkin ada kejutan dari aku untuk korang sumer...itu pun kalo tuhan izinkan, kalau ada nanti aku share kat blog....x nak kecoh2 takut x jadi nanti wat malu jer....Finally aku tak sangka plak ada gak kawan2 yang baca blog aku ni, aku ingat tak da, so aku pun rasa malas nak tulis lagi. Anyway thank you guys, sebab sudi melawat blog ini, cuma kalau masuk tu tinggalkan lah komen kat ruangan komen tu...bukan apa aku perlukan pandangan dan cadangan dari u all. Kita tidak dapat melihat kekurangan diri sendiri kerana kita hanya melihat diri kita kurang dari 5 minit sehari. Segala komen yang positif mahupun negatif saya terima.....TQ

Bawah ni aku share gambar anak2 aku; request dari one of my friend. (gambar aku x yah lah)
*punya lah lambat pakai maxis broadband ni. padalahan dah pakai speed 7.2
ingat nak tukar je pakai celcom plak....(bayar je mahal)

Gambar dalam pool...


Spidy lah tu....
*orang selalu kata dia ni girl....u think?

My girl..............


my fifth condo. complete end of 2010
next block just open for registration....(share satu sample -3 residence condo)

6 comments:

  1. ok...i'm waiting 4 ur surprises!!!

    ReplyDelete
  2. salam cikgu...wawa dah 2 orng ank cikgu...kompius la...2 2 pompuan ke???
    comel la...

    ReplyDelete
  3. surprise tak jadi....lambat sikit kot...

    ReplyDelete
  4. anak saya sepasang yang sulung tu pompuan kedua tua laki.....tq...

    ReplyDelete
  5. oo...sepasang la ek..hehe..comelnyer...

    ReplyDelete
  6. haha~saya pon igt anak cikgu tu girl~tp tgok btol2..lelaki la~heee

    ReplyDelete