Friday, September 25, 2009

Relaxation Day

Arini aku masih cuti raya, Next week baru kerja. Di kesempatan yang ada ni aku siapkan modul isometri yang aku janji nak bagi budak. Janji nak bagi sebelum raya kat diorang, tapi kalau bagi pun duduk dalam beg aje. Mana ada orang nak sibuk belajar masa raya kan? Aku ni pun iya2 jer bawak notebook balik kononnyer nak buat kerja, tapi harammmmm....tak buat ae pun, but at least niat tu adakan?

Petang tadi pegi Carrefour kejap beli barang-barang dapur. Terasa sangat nilai duit semakin kecil berbanding dulu. Tak macam emas dan rumah yang sentiasa meningkat mengikut keadaan. Sebab tu dalam perancangan aku nanti nak try melabur emas. Tapi apa2 hal pun mahirkan satu satu dulu. Bak kata orang Focus= Focus on one course until success. So banyak lagi ilmu tentang real estate yang aku kena belajar, pasal OD, ASB dan macam2 lagi, than baru aku nak try emas. Tadi pun ada ayah kepada student aku sms tanya pasal emas kat aku, terkejut gak rasanya dapat sms camtu. Iyelah aku baru buat perancangan dan homework, kang jadi ilmu sesat plak, bukan lokek ilmu. Aku pun buat satu kesimpulan di sini bahawa apa yang cikg buat kat sekolah mesti sampai kat emak ayah diorang nyer.......so pandai2 la kan

Ingat petang nak swimming, dah lama tak swimming mesti dah berkarat skill kuat dada aku. Pehhhhhh......macam best jer. Citer tentang berenang ni dalam banyak2 cara berenang, butterfly stroke lah yg paling susah. Bagus berenang ni, baik untuk stamina dan ketenangan minda. So apa2 pun petang ni x jadi berenang, postpone dulu lah gamaknya. Layan anak2 jer main pun ok gak...

Esok plan nak pg rumah kak Min for open house. Dah banyak kali dia ajak tapi x pernah pegi. Bukan sombong tapi aku selalu ada kelas. Tapi tahun ni aku rileks sikit. Lepas raya ni baru buat kelas balik. So insyaallah esok aku pegi. Dengar khabar rumah dia besar bangat. Nanti aku amik gambar share ngan korang. Kak Min adalah antara aku nyer motivator atau pun inspiration, Bukan senang nak jumpa orang-orang yang dah berjaya ni. Tapi kak min memang low profile, aku salute kat dia.

Bawah ni aku share kan view dari umah aku pada waktu malam. So kalau ada yang berminat nak sewa boleh lah. Tapi next year la, sebab rumah aku kat seri gombak pun siap next year. Rental area ni lebih kurang RM1500 ke RM2000. Kalau berminat boleh lah contact aku.



Ini View dari beranda rumah.


Pool View, very fascinating!!!!!

4 comments:

  1. awek mandi kat pool tuh selalunyer pakai two piece ke bro ho ho ho leyh layan skodeng sekali bro...lol

    ReplyDelete
  2. askum sir,
    nie Arif,
    follow blog sy k,
    ahahaha~

    -_-V

    ReplyDelete
  3. salam...alamak teringat plak isometri biler cikgu sbut2....rindu plak rasenyer nak wat lukisan blik...hehe

    ReplyDelete