Saturday, October 31, 2009

Batalkan kad kredit......

Alhamdullilah mata dah semakin sembuh...genap hari ni dah dua minggu aku sakit mata. Masih dalam recovery session. Seronok betul kalau jadi doktor pakar kan. Jumpa kejap , tengok lebih kurang caj RM83.(less than 10 minutes) aku nak dapat banyak tu puas lah mengajar sampai 2 jam...hhehehehehe. Tulah dulu malas belajar, kalau tak senang jer cari duit. Tapi apapun setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Kes aku masuk hospital tu pun mungkin akn membentuk lembaran baru dalam hidup aku....dimana aku bercadang untuk belajar pulak menjadi agen insuran. Seronok sebenarnya belajar ni, dapat kenal benda baru, kenal orang baru...barulah kita rasa kita ni hidup, dimana sebagai benda hidup mesti ada perubahan. so kalau x da aral melintang minggu depan exam untuk kelayakan menjadi agen insuran...Doakan aku berjaya ye.....

Sepanjang dua minggu bercuti ni banyak gak benda yang telah aku buat. Hari ni aku pergi Lembaga tabung Haji kat Batu Caves untuk bukak akaun. Satu peristiwa yang aku tak berapa puas hati adalah tentang penyambut tetamunya. Punyalah berlagak, orang tanya pun jawab nak tak nak jer....inilah yang terjadi bila kerja yang kita buat tu tak ikhlas dan rasa terpaksa...nampak sangat dari air muka dia yang kerja tu membosankan.

Lepas settle aku bukak akaun tabung haji. (Cadang -cadang dalam umur 35 kalau diizinkan tuhan aku dan isteri nak pegi menunaikan Haji. Biarlah tempat pertama yang aku lawati adalah mekkah sebelum pergi ke tempat lainkan?) Aku pergi CIMB dan Maybank, batalkan kad2 kredit yang tak pakai dan jarang pakai. Selama ni pun aku hanya guna satu kad jer. Kepada mereka yang ada kad2 kredit yang tak guna tu eloklah pergi potong cepat, sebab tahun depan dah kena caj; setiap kad RM50 kalau ada 10 kad tak pasal2 kena caj RM500. Aku pun batalkan 5 kad tadi termasuklah kad supplement, tinggal satu kad je lagi yang aku selalu pakai. Kuranglah tebal beg duit aku ni sikit.

Minggu depan aku kena follow up ngan doktor sekali lagi. For sure mesti melayang lagi RM80. Kalau ada medical card tak yah pening2 kepada, semua insuran cover. Tapi nak sihat nye pasal kan? Bayar jelah...Harap2 next week dah boleh kerja...sian kat anak murid aku lama dah tak jumpa...tanggungjawab perlu dilunaskan, barulah apa yang kita buat nanti Allah akan permudahkan. Aku nak diorang ni semua menjadi orang yang berguna, biasalah budak2, sekarang tak sedar lagi tapi esok dah umur 30 baru diaorang tau kan? samalah cam kita...the circulation of life. Cam skang ni kalau tengok mat rempit bukan main menyampah lagi tapi dulu aku cam tu gak. So itulah yang di panggil kitaran hidup. Sebab tu kalau kita tengok kadang-kadang ada parent yang terlalu mengawal anaknya tu mesti ada pengalaman yang sebenar.

Cuti sekolah pun tak lama lagi nak bermula. Cuti tahun ni aku nak buat benda-benda baru plak dalam hidup. So dalam planning skang ada dua sama ada nak buat kebun cili dan kedua nak buat insurance. Tapi kalau buat dua-dua pun apa salahnyakan? Tengoklah biar masa yang menentukan...Harap2nya menjadilah...Insyaallah....Mungkin pastu boleh terus tukar kerjaya ker kan.....petani moden...

Sebanarnya aku tak sangka gak ada pembaca blog aku ni... sebab ruang komen tu tak da orang isi...jadi kepada mereka yang sudi baca tu tulis lah komen sikit, sebab kita tak tau mana kelemahan kita..tak kisahlah nak kutuk ker nak membina ker nak nak protes ker...sebab aku tau aku pun masih baru dalam bidang ni(blog)...banyak sangat benda nak belajar lagi.....Sebab tu lah aku buat blog ni supaya boleh share ngan kawan2 dan pembaca. Kalau nak mintak pendapat ker cadangan ker boleh, kalau ada sifu-sifu yang baca tu boleh lah bagi komen membina atau cadangan yeee....But anyway thanks for reading.

Oklah, aku rasa cukuplah tu. mata ni pun kadang2 kelabu sikit. Aku amat mengharapkan cadangan dari pembaca, atau komen, so aku tak da niat untuk berlagak atau menunjuk2 cuma nak share. Mungkin ada benda yang kita boleh ajar kepada orang lainkan? Apa yang aku cari bukan kekayaan tapi adalah kejayaan. Tapi dalam banyak2 kejayaan, pada aku kejayaan mempunyai anak yang berjaya adalah yang paling bernilai. Kita berjaya pada hari ini adalah kerana orang tua kita kan? So kalau anak 2 kita gagal itu adalah tanggungjawab kita. Walau duit setinggi gunung tapi anak tidak menjadi aku rasa tak da gunanya. So pastikanlah bahawa sumber rezki yang kita cari tu datang dari sumber yang halal dan berkat. Assalamualaikum. bye.....


Gambar best friend aku masa aku bercuti......semua aku uruskan(babysitter). Yang adik tu sampai tak nak pergi sekolah dah ngikut aku....

Possing tepi jalan masa aku tengah buat photostat soalan.


My future........my delegation


Yang kakak ni dapat lompat kelas( Tadika jer...) tapi rasa nak berlinang air mata bila cikgu dia kata ada 3 orang jer dapat lompat kelas.....agaknya inilah rasa orang tua kita masa tengok anak2 berjayakan?


4 comments:

  1. i minat la baca blog u.. sungguh informative.. rase diri ni cam dlm cite blogger boy tu hehehe.. apepun bro keep us update dgn info2 yg berguna ko tu especially pasal property or any kind of investment or maybe next time insurance perhaps.. bravo..

    p/s: sbg seorang cikgu u better check ur spelling sbb bnyk salah tp aku phm sbb ko x berapa nak nampak hahaha..

    ReplyDelete
  2. sy suke la bc blog cg...kelakar..sy xsangka cg lk sy pndai mengarang mcm nie..hehe.. ejaan byk slh..ish3..tp xpe sy fhm,mata cg kn blm baik btl...hehe..insyaallah sy doakan cg jugak....comel la ank cg..sy ingat 2 2 pompuan..
    mudah2an hajat cg untk g mekkah tercpai...amin.

    ReplyDelete
  3. Tq...my follower...biasalah mata saya on the way of recover so tentang splelling to biasalah...cikgu lk bukan bahasa.

    ReplyDelete
  4. hah..dua2 cam muka ko zack hehehhe...bila lak nk macam muka along ni....hahahhahaha

    ReplyDelete