Sunday, October 25, 2009

Quit Busy

Assalamualaikum, lama gak aku tak tulis blog ni, dah naik bersawang dibuatnya......Sementelah aku ada masa free kat Pantai Hospital ni aku bukak jap dan coret lah sikit apa-apa info yang aku tertinggal untuk share ngan pembaca...

First of all aku nak share pasal kesihatan dulu. Aku masuk hospital hanya disebabkan sakit mata je....tapi memang teruk lah beb, tak sangka plak sakit mata pun bleh sampai masuk hospital. Pengajaran yang aku dapat kat sini, jangan pandang remeh lah sebarang penyakit, dan sihat itu satu rahmat....sebab itu aku heran ada member yang nak sakit sebab boleh cuti. Hairan2. Kedua kalau nak dapatkan rawatan baik pergilah ke hospital swasta. Aku dah pegi klinik 2 kali pastu pegi pakar mata kat selayang, dia boleh kata ini biasa je, siap kata datang balik minggu depan. Kalau aku ikut nasihat doktor tu mau buta dibuatnya. Last sekali aku x tahan masuk gak swasta terus kena tahan wad. The best point i want to share with u all is; please go and apply for medical card dari mana2 insurance. Bukan nak promote sebab aku pun bukan agen insuran, tapi aku rasa benda ni perlu, especially biler terdesak cam kes aku. Deposit 5 K kalau x da boleh blah. Nasib lah ada kad gores dan menang(Credit Card). Masuk pagi petang dah reda dah sakitnya. Duit bleh carikan mata tak da jual beb. Lepas aku kuar ni aku kena buat medical kad satu family lah....kepada agen insuran yang baca bleh buat quotation yang terbaik. Nazar kalau ko baca contact aku.

Sepanjang aku tak update blog ni, ada la dua tiga benda yang aku buat. Pertama aku dah buat Overdraft ASB untuk aku dan mak aku....tujuan untuk mengoptimumkan dividen ASB dan melangsaikan personal Loan. aku jugak dah buat pemindahan pelaburan dari akaun 1 KWSP ke simpanan ASW. Tujuan aku buat pindahan ini supaya dividen yang aku dapat banyak lah sikit dari yang KWSP bagi. Bezanya lebih kurang 2%. Banyak tuh....Next aku nak transfer akaun 2 untuk buat penambahan pokok bagi rumah yang aku tinggal skarang.Lagi cepat settle lagi bagus kan.....Last friday aku pegi bayar deposit elektrik untuk kondo aku di sri gombak. Bulan februari ni boleh lah masuk, buat masa ni aku x decide lagi nak buat sewa atau nak duduk. Kalau nak duduk pun ok gak, sebab kalau rumah pakai loan kerajaan ni installment dia tinggi, jadi tak berbaloi kalau sewakan, macam rumah aku kat seri petaling, kena tanggung kerugian RM270 sebulan tak masuk cukai pintu ngan cukai tanah lagi....ada peluang aku jual jer rumah tuh, tak untung pun x palah...belajar dari kesilapan.

So apa lagi aku nak share ye....baru aku ingat, hari tu aku kata ada surprise tapi nampaknya tak menjadi lah seperti dirancangkan, so tak yah citer lahkan.....mungkin postpone atau tak jadi langsung tak tau lah. Sepatutnya hari sabtu 23/10/09 (semalam) aku pergi kursus fertigasi cili. Belajar cara nak tanam cili, saja suka2 seronoklak rasa nya dapat belajar macam2 ni....mana tau boleh jadi usahawan cili plak kan, tapi tak da rezki lah kerana kesihatan tak mengizinkan, kenalah postpone kelas bulan depan plak.....

Ok lah cukuplah sampai sini....nak tengok man u lawan liverpool pun tak dapat, jadi baik aku sambung baca buku . Nasihat aku pada pembaca, hargailah kesihatan dan keluarga. Nasib baik aku yang teruk, kalau kena kat anak2 lagi kesiankan? Tapi aku kesian gak kat anak2 murid aku 2 minggu aku x ngajar....harap2 dia orang ingat pesan dan nasihat aku......-the best way to learn is to do and highest level of learning is to teach....Jadi walau macammana kita belajar ngan orang sekalipun kaedah yang terbaik adalah dengan melakukannya sendiri....kerana apa yang orang lain buat tidak semestinya sesuai dengan apa yang kita buat, pastu bila dah pandai dah berjaya, jangan lah kedekut ilmu plakkan....ajarlah pulak orang lain, share segala ilmu yang ada. The more u give the more u get....Salam dan jumpa lagi......

Aku dapat duduk tepi tingkap kita pool view lah ni....


Macam kat umah jer aku buat hospital ni....mau nye tidak,
2 hari duduk wad sengal dibuatnye beb...nasib ada netbook aku ni

5 comments:

  1. suyanti dewiyana bt mohd jonitOctober 25, 2009 at 10:29 PM

    semoga cepat sembuh... esok ada majlis rasmi perpisahan dgn pengetua dan mesy agong koop...

    ReplyDelete
  2. lor patutla dah lama senyap je... sakit mata rupenye... dah sembuh nanti ym le aku... leh sembang2...

    ReplyDelete
  3. Fara pun baca I nyer blog...segan la kita baru belajar....

    ReplyDelete
  4. hehehe... dah terjumpa kt facebook ni... bacalah... ok je apa nk segan... :D

    ReplyDelete
  5. selagi cg bleh bjln,jgn la pegi ospital slyg....g la ospital lain...sbb benda yg sbnrnye dah terok pun doktor kat situ akn ckp 'xde ap...nie biase je' itu lah dialog doktor2 kat situ.hahaha.dah mcm2 kes sy dgr...

    ReplyDelete