Thursday, January 21, 2010

Deklarasiku....

Assalamualaikum....Lama dah aku tak tulis blog. Sempena umur aku yang meningkat ke usia 31 ni aku rasa nak share lah dengan pembaca. Pertama sekali aku tak sangka apa yang aku tulis dalam blog ni akan mengundang rasa iri hati dan dengki orang sekeliling. Rupanya memang betullah yang kita dengar selama ni bahawa bangsa kita ni tak boleh tengok orang sebangsanya lebih, biar lah bangsa lain terus megah. Adakah aku malu menjadi orang melayu? Semestinya tidak...kerana aku melayu baru yang mempunyai idealogi dan cita-cita. Aku berjanji akan membantu dan memberi tahu cara dan segala ilmu yang aku ada. Oang hanya nampak dikala kita senang, tetapi masa kita susah tak da orang tau.

Biarlah aku ceritakan apa usaha yang aku dah lakukan. Aku tau mungkin orang tu pun ada baca blog aku. tak palah itu hak masing2, rezeki allah yg bagi. Kita manusia tak mampu melawan kehendaknya. Apa yang aku ada sekarang bukan nya hasil usaha selama 2, 3 bulan. Tapi aku dah kerja kuat 6 tahun lepas. Dan sekarang bila aku cuba nak kongsi, mungkin ada yang dengki dan iri hati. Aku tak faham lah kenapa ada orang macam ni kat dunia. Mudah-mudahan Allah akan bagi hidayah kat orang2 cam ni. Bukan senang nak senang. Kita selalu dengar benda ni, tapi kita buat tak? tak ramai yang buat dan ini lah yang aku buat 6 tahun lepas lagi. Setiap hari aku kerja tak kira sabtu , ahad cuti sekolah, cuti am merdeka ke apa ker...aku kerja. Orang tak nampak benda ni. Malam pun aku kerja gak, tapi aku sedih bila orang ingat apa yang aku ada ni dengan buat benda yang tak betul. Percayalah kalau kita ambil hak orang tuhan akan ambil semula hak kita. Patutlah kiyosaki pun pernah tulis yang ada pemberita bertanyakan kepadanya, tentang berapa nilai cukai yang dibayar oleh kiyosaki lalu kiyosaki cakap , kosong. Tapi bila keluar dalam surat khabar: Jutawan mengalak dari membayar cukai. Kesimpulannya ; orang bukannya nak bertanya cara sebaliknya akan membuat andaian negatif.

Tak palah, aku sentiasa percaya Allah tu adil. Aku tak takut apa pun. Andai kata hari ini aku tak da kerja dan tak makan gaji mungkin aku akan lebih berjaya, setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Kepada anak-anak murid saya, saya selalu pesan kepada mereka jangan mencari kerja tetapi mencipta peluang pekerjaan. Don't think small, think big. i'll always give my support. Memandangkan aku dalam bidang pendidikan ni. Yang pekerjanya pun tak seramai mana, aku dah jumpa bermacam perangai, ada yang sentiasa berfikiran negatif, ada yang suka melihat kegagalan orang lain, ada yang suka menjatuhkan orang lain. Apa faedahnya ye? Mungkin ni lah puncanya bila kita duduk dalam kelompok bangsa kita sahaja. Tak da kerja nak buat. Tapi kalau kita dengar tempat kerja yang berbilang bangsa, semuanya berlumba2 nak mengejar prestasi. Inilah yg kita nak. Sebab tu aku kalau boleh nak hantar anak aku ke sekolah yg bercampur bangsanya. Bukan aku tak bangga ngan bangsa sendiri, tapi kenyataannya...entahlah susah nak cakap...Mungkin spesis cam ni tak ramai, tapi spesis ni lah yang merosakkan melayu. Tapi kalau ada yang nak share insyaallah aku tolong.

Buat masa ni ada 2 projek tengah jalan. Jangan takut , aku dah tak buat projek kat dalam lagi dah, nanti ada orang cemburu plak. Skang ni aku buat projek kat luar, Insyaallah dah berjaya nanti aku akan share. Tentang tusyen LK, kalau ada adik ke sepupu ke, adik ipar ke, yg skang ni tingkatan 4 atau 5 boleh antar kat aku. Gerenti dapat A. Kalau tak caya boleh tanya aku opunya student...betultak? sebarang pertanyaan boleh call -0122408586. Bulan 2 ni mula. Kalau masuk masa tingkatan 4, kalau spm tak dapat A, aku pulang balik yuran 50%. Ini aku punya janji....kalau nak tusyen lain pun boleh gak. Tempat tusyen kat Taman Melati, just turun jer Putra taman melati, menapak dalam 4 minit dah sampai. Mari -mari.....

Ok lah cukuplah tu. So nasihat aku jangan dengki ngan kejayaan orang lain, lagi kita dengki lagi banyak rezki orang tu akan dapat. So ada hikmahnya lah kan. Kalau dah senang pulak jangan lupa tolong orang yang susah. Susah pun banyak kategori...susah yang betul2 susah dan bukan susah sebab dicari.....paham2lah sendirikan....Assalamualaikum. Jangan lupa tulis komen, Kalau tak aku malas tulis lagi. hehehe. Doakan aku success nanti aku belanja roti canai. Kalau dapat lebih boleh up roti pisang.....slaam...bye