Showing posts with label slm. Show all posts
Showing posts with label slm. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009

Back to school

Assalamualaikum.....hari ni dah hari ke 2 aku kerja. Pagi-pagi dah jaga exam. Capai netbook tulis sikit apa yang ingat takut nanti aku lupa. Semalam aku sempat buat pengeluaran KWSP akaun 2 untuk upfront payment. Lepaslah untuk pembayaran selama 21 bulan rumah yang aku tinggal ni. Mula-mula aritu aku ingat nak buat penambahan pokok, tapi lepas aku buat calculation untuk next year punyer expences, aku rasa kena buat advance payment jer, sebab mungkin rumah aku yang 3 residence tu pun akan siap tahun depan bulan Ogos. Pening gak kepala nanti kalau nak bayar installlment RM2k termasuk maintainance. So aku ambil langkah selamat buat advance payment jer dulu. Rumah Crystal Height pun akan siap tahun depan bulan 2. So bermula lah pembelajaran baru untuk mencari penyewa kepada rumah Putra Villa yang aku tinggal skang ni. Mungkin kasi sewa kepada foreigner kot. Market price pun skang lebih kurang 260k. Sebab jiran depan rumah aku tu baru jual ngan harga 248K. Tak de renovation langsung. Kepada yang nak jual rumah digalakkan menjualnya pada tahun ini. Sebab tahun depan akan kena tax 5 % dari kerajaan. So kalau kita jual harga100K, taxnye 5K.


Masa aku buat upfront payment ni sempat gak lah aku sembang ngan seorang cina tuan punya kedai photostat ni. Saja aku tanya dia ekonomi skang ni macam mana? Dia kat teruk, lepas duit nak makan jer. Aku iyekan ajer...memang betullah tu. Dia kata tahun depan lagi teruk. Entahlah pada aku rezki tu semua Allah yang bagi, kalau kita usaha dan niat kita betul insyaallah kita akan dapat.

2 hari lepas iaitu hari selasa, aku pergi buat window shopping kat CIMB dan Maybank. Sekarang ni untuk housing loan, offer dari bank lebih kurang ajer sebab Bank Negara dah selaraskan. Ni yang jadi tak best nikan? Kalau dah semuanya sama baik biar bank negara jer yang conduct. Ibaratnye kita pergi kedai makan semuanya jual nasi ayam. Apa pilihan kita. Alasannya local bank tak bleh nak compete ngan foreign bank. Business mestilah ada competition! Barulah customer blh dapat profit. Tapi untuk ASB over draft masih sama, CIMB (BLR-2%), Maybank(BLR-0%). RHB tak sempat survey. Selesai tu pergi bayar deposit 10% rumah 3 Residence. Ada 4 bulan lagi aku kena bayar(sampai Mac) so prepare jelahkan. Nasib baik dia buat sistem ni, Kalau tak, tak merasa aku nak beli rumah harga camni. Memang banyak advantage masa aku beli rumah ni. Offer dia pun memang cun, Diskaun 7%, so aku hanya bayar 3% jer dia punya down payment. Biler dah siap nanti masa serah kunci dia pulangkan lagi 5K. So modal lebih kurang 8K. Boleh bayar ansuran plak tu selama setahun. DOA free, S&P pun free...So modal memang Down Payment semata-mata. Kalau pening kepala aku flip jer. Rumah type yang aku beli tu pun harga dia dah increase. Masa aku beli 400K tapi skang dah 495K. Oklah tu. Tapi rasanya tak jual kot. Mana nak dapat offer cam tuh lagi. Developer pun bagus. Sime darby tuuu......Dulu rumah Putra Villa aku pun bayar down payment setahun gak. Modal kecik kan?

Hari Ahad tu aku close akaun bulan October. Dah dua bulan akaun menunjukkan bacaan negatif. Maksudnya belanja lebih dari income. Memang kadang-kala banyak benda tak terduga berlaku. (macam aku masuk hospital aritukan)Tapi benda macam ni mesti dah ada dalam kita punyer perancangan. Satu benda yang aku perasan belanja rokok aku dah mencapai RM14XX, haaaa apa citer??? notice but no action...sapa-sapa ada cara berenti merokok tolong kongsi kat sini yer. Lepas tutup akaun aku buat belanjawan untuk tahun depan, nak tengok budget mana yang boleh dikurangkan. Lepas buat budget aku untuk next yeat ternyata aku tak boleh nak slow down lagi. Ingat boleh masuk mode rileks rupanya kena force lagilah, mungkin 5 tahun lagi kot. Sebab komitmen aku memang dah lebih dari income. Tapi benda cam ni yang buat aku seronok sebenarnya. Baru rasa motivated. Sebenarnya kalau plan aku berjalan lancar, Insyaallah semua akan ok. Tak da benda perlu dirisaukan. Cuma aku kena stanby kan tabung kecemasan untuk aset2 ni. Kang tak pasal2 kena lelong plak kan? Apapun plan mesti kena betul, jangan tamak, busuk hati, dengki. Kalau kita tolong orang insyaallah orang akan tolong kita.Aku kalau nak tolong duit tu tak dapat lah tapi kalau nak tolong ngan ilmu atau nasihat, insyallah boleh. Sebab aku tak bagi ikan, aku hanya akan bagi cara menangkap ikan.

Kesimpulannya, sepanjang aku cuti sakit mata tu banyak gak progress aku dah buat, aku sempat buat OD, KWSP akaun 1 masuk ASW, KWSP akaun 2 buat upfront payment, pergi tanya tentang pembayaran zakat dan banyak lagi lah. Aku rasa puas dan seronok biler dapat buat sesuatu benda yang baru tuh. Next week amik exam kat Maju junction untuk qualify jadi agen insuran. Saja nak belajar, bak kata orang dah terantuk baru nak tengadah. Alang-alang nak amik medical card satu family, biar aku sendiri jadi agen nya. Alang-alang mandi biar basahkan...perghhhh tinggi juga bahasa aku ni. Lepas ni nak buat apa plak yer???

Cuti sekolah pun tak lama lagi ni...aku mesti plan betul2 masa bulan 12 ni. All out beb...nak cari peluang baru, mungkin kat luar negara ker? sapa tau kan? orang kata jauh berjalan luas pengalaman. Asyik terperap jer kat Malaysia ni, kat luar tu macam- macam ada. Sian aku ni singapore pun tak penah sampai tau.

Oklah.. . aku chow dulu. Patutnye masa aku dah abis setengah jam lepas ....ini sudah lebih, cikgu seterusnya patutnya dah datang. Bagi betis nak peha ni...Ok kalau ada student yang baca blog saya ni, jangan terpengaruh dengan flair bahasa saya plak k? sebab bahasa saya modern malay language, belum kuar dalam kamus lagi. But anyway thanks to all the reader and see u soon

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya

Salam......
Firstly aku nak mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua umat islam tak kiralah yang puasa penuh atau tidak, mahupun yang bayar zakat atau pun tidak. Ini kali pertama aku nak tulis blog, saja nak try something new. Bukan apa supaya aku ni 'obsolete' ngan keadaan semasa, kita ni kena up to date ngan perubahan zaman. Betul tak?

So raya kali ni sama jer cam raya tahun2 lepas cuma raya kali ni aku x balik johor. Tak larat rasanye nak merentasi semenanjung dalam 3 hari. Dari N9 ke jerteh pastu balik plak ke Johor than patah balik ke kl. Peh memang penat tapi fun dapat jumpa sedarasedara yang ramai. Bukan apa kesian kat anak2 aku jer, nak2 yang sulung tu kaki muntah cam aku dulu. Lebih ikut DNA aku ler tuh. Hehehehe, mana tumpah nyer tuah kalau tak ke nasi kan? Dari N9 ke jerteh jer dah makan dekat 9 jam perjalanan. Tapi bila dah biasa ok jer.

So next year mungkin aku akan balik johor, lagi best kalau dapat bawak kete besar sikit estima ker, kan2? tak salah pasang angan2, tampa angan 2 impian tak jadi kenyataankan? Anak 2 aku tu pun asyik gaduh jer kat belakang, macam nak suruh bapak dia tukar kete besar sikit. Cakap pasal kete ni aku nak kongsi sikit pasal 'opinion' aku. Apalah tajuk kat atas pasal raya, tapi aku nyer blog, aku nyer suka la nak tulis apa kan, heheheehe jangan marah. Kete ni skang dah jadi benda wajib cam H/phone gak. So kita pakai apa yang kita mampu jer jangan sampai menjerut leher sebab nak bergaya, tapi apapun tepuk dada tanya selera (update buku berapa simpanan ada).

Masa aku kat N9 cousin aku ada bawak balik BMW 328, tahun 2004 register 2006 untuk dijual harga pun cun, mula 2 aku goyang gak rasa nak amik jer, bile lagi nak dapat BMW harga pun cun, kalo aku bawak pg sekolah memang tangkap nangis nyer. Tapi aku pikir balik rasional ada kete nak beli sebijik lagi wat pe.....aku mesti nak tuka ke MPV baru 'worth it'. So benda ni sumer ikut kiter sendiri lah. Samalah macam kita ada pistol kat tangan sama ada kita nak guna mempertahan kan diri untuk tembak orang atau nak tembak kepala sendirikan?
So aku rasa cukuplah sampai sini dulu sebelum aku meraban lagi jauh. Past ni aku akan tulis benda yang lebih berilmiah untuk dikongsi bersama..............

Oklah bawah ni aku share kan gambar BMW 328 yang ingin dijual tu. Harga below 90K and still can nego. Kalau minat boleh contact aku but the problem is only COD, no finance sebab owner nak urgent. Ada bran? Layan.............Plat pun cun, 3 digit beb.