Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya

Salam......
Firstly aku nak mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua umat islam tak kiralah yang puasa penuh atau tidak, mahupun yang bayar zakat atau pun tidak. Ini kali pertama aku nak tulis blog, saja nak try something new. Bukan apa supaya aku ni 'obsolete' ngan keadaan semasa, kita ni kena up to date ngan perubahan zaman. Betul tak?

So raya kali ni sama jer cam raya tahun2 lepas cuma raya kali ni aku x balik johor. Tak larat rasanye nak merentasi semenanjung dalam 3 hari. Dari N9 ke jerteh pastu balik plak ke Johor than patah balik ke kl. Peh memang penat tapi fun dapat jumpa sedarasedara yang ramai. Bukan apa kesian kat anak2 aku jer, nak2 yang sulung tu kaki muntah cam aku dulu. Lebih ikut DNA aku ler tuh. Hehehehe, mana tumpah nyer tuah kalau tak ke nasi kan? Dari N9 ke jerteh jer dah makan dekat 9 jam perjalanan. Tapi bila dah biasa ok jer.

So next year mungkin aku akan balik johor, lagi best kalau dapat bawak kete besar sikit estima ker, kan2? tak salah pasang angan2, tampa angan 2 impian tak jadi kenyataankan? Anak 2 aku tu pun asyik gaduh jer kat belakang, macam nak suruh bapak dia tukar kete besar sikit. Cakap pasal kete ni aku nak kongsi sikit pasal 'opinion' aku. Apalah tajuk kat atas pasal raya, tapi aku nyer blog, aku nyer suka la nak tulis apa kan, heheheehe jangan marah. Kete ni skang dah jadi benda wajib cam H/phone gak. So kita pakai apa yang kita mampu jer jangan sampai menjerut leher sebab nak bergaya, tapi apapun tepuk dada tanya selera (update buku berapa simpanan ada).

Masa aku kat N9 cousin aku ada bawak balik BMW 328, tahun 2004 register 2006 untuk dijual harga pun cun, mula 2 aku goyang gak rasa nak amik jer, bile lagi nak dapat BMW harga pun cun, kalo aku bawak pg sekolah memang tangkap nangis nyer. Tapi aku pikir balik rasional ada kete nak beli sebijik lagi wat pe.....aku mesti nak tuka ke MPV baru 'worth it'. So benda ni sumer ikut kiter sendiri lah. Samalah macam kita ada pistol kat tangan sama ada kita nak guna mempertahan kan diri untuk tembak orang atau nak tembak kepala sendirikan?
So aku rasa cukuplah sampai sini dulu sebelum aku meraban lagi jauh. Past ni aku akan tulis benda yang lebih berilmiah untuk dikongsi bersama..............

Oklah bawah ni aku share kan gambar BMW 328 yang ingin dijual tu. Harga below 90K and still can nego. Kalau minat boleh contact aku but the problem is only COD, no finance sebab owner nak urgent. Ada bran? Layan.............Plat pun cun, 3 digit beb.






1 comment:

  1. ok jugak bmw 2....masih cantik(kalu tgk dlm gmbr la)hehe...nanti kalu ad ap2 info kongsi la lg ye.....seronok bc blog cg nie....

    ReplyDelete