Saturday, October 9, 2010

Reborn

Salam semua,

Lama tak tulis blog, rasa cam nak tulis sikit pasal perancangan kita dalam kehidupan. Apa yang kita lihat sekarang ni, negara kita sudah semakin maju, bangsa kita pun kalau kita lihat ramai yang dah berjaya dan mampu hidup mewah dan senang. Tapi kalau dibanding kan dengan bangsa lain aku rasa kita ini masih jauh lagi ke belakang. Bayangkan bangsa lain yang datang pada tahun 1940 dahulu dengan sehelai sepinggang kini mampu berbangga dengan aset yang nilai nya jutaan ringgit. Cuba kita renungkan mana silap nya......Mungkinkah memang ini suratan kalau kita adalah peribumi seperti red indian di Amerika, orang asli di Australia. Aku harap tidaklah sampai ketahap tu. Orang Indon yang datang ke Malaysia ni pun ramai gak yg aku jumpa dah agak kaya dan berjaya. Berdasarkan pengamatan aku diaorang ni berjaya bukan dalam sekelip mata, ambil masa yang agak lama bermula dari zaman atuk nenek diaorang lagi, dan hasilnya apa yang kita lihat sekarang ni lah. Zaman dulu memang tanah kat Tanah Melayu ni kita punya, tapi perlahan2 diaorang beli, kita plak jual. Akhirnya tinggal lah seciput itu pun bergaduh.

Jadi aku rasa kita kena bersama2 mengambil semula apa yg generasi terdahulu telah lepaskan. Mungkin kita tak nampak hasilnya sekarang tapi percayalah anak cucu kita nanti akan senang. Janganlah pulak kita rasakan bahawa kita hanya hidup untuk diri kita sahaja, kalau boleh biarlah hasilnya dapat dirasakan bergenerasi lamanya. Pepatah ada mengatakan "harta tak dapat di bawa ke mati". memang lah, tapi waris kita yang hidup untuk generasi akan datang akan berterima kasih dengan usaha kita. Jangan pulak kita rasakan kalau kita tinggalkan harta nanti anak2 akan bergaduh pasal harta pusaka. Tolong lah jangan jadi kolot. Takkan Melayu hilang di dunia. Jangan sampai kita jadi macam Singapura. Nampak jer mewah tapi habuk pun tarak. Duduk flat keje kilang pun dah bangga jadi Singaporean. Hopefully my grandchildren will not be like that. ( I plan my destiny).
Wassalam....


1 comment: