Tuesday, November 17, 2009

What up!!!

Salam....lama gak tak tulis blog ni bukan apa tak da progress apa2. Cuma adalah beberapa benda yang aku rasa nak share. Pertama sekali pasal broadband yang cam hampas ni.....Jumaat lepas 6/11/09 aku pergi maxis center kat selayang. Nak claim aku nyer broadband tak leh baca memory card. Masa daftar dulu janji baik nyer, kalau nak tukar tiap2 bulan pun bleh kita nyer device tuh, tapi biler dah pergi sana kata barang takde lah, hangin jer aku. Pastu suruh aku pergi amik kat klcc lah pulak. Dia ingat kita banyak masa cam dia agaknyer. Lastly aku slow talk baru dapat. Diaorang ini nak kena guna skill soft talk jugak baru lah nak layan. Susah jugakkan kalau swasta pun nak kena layan cam ni gak, tapi apa2 pun satu pengajaran yang aku bleh share kat sini ialah bila orang tu ada power atau kuasa biar pun sikit layan je lah tak guna nak bertekak. Contohnya guard kat umah aku ni, aku sampai skang tak da residence kad, bukan apa tak sempat dan malas nak buat, so time nak kuar ngan masuk kalau jalan kaki problem lah sikit, tapi pandai2lah buat member ngan guard ni, sebab diaorang ni pun manusia gak ada maruah so jangan lah kita nak tunjuk eksyen kan. Everyone is level rite?

8/11/09 bersamaan hari ahad aku pergi dewan komuniti taman ibukota, ada hari keluarga sekolah anak aku. Tengoklah anak aku buat persembahan tarian. Teruja tengok anak buat persembahan, ini antara pengalaman yang tak boleh nak beli ngan duit. Hanya orang yang dah alami jer tau rasanya. Patutlah orang kalau anak dia berjaya selalu sebut pasal kejayaan anak diaorang. Dul aku rasa menyampah gak bila dengar, tapi sekarang baru paham kenapa ibu bapa kita cukup bangga kalau anak dia berjaya. So tentang berjaya tu plak subjektif lah kan....ada orang yang suka dan ada gak orang tak suka. Macam manapun kalau nak hati senag always think positif...insyaallah semua yang kita harungi akan mudah. Nanti aku akan upload kan kan kat youtube persembahan anak aku tuh....(banggalah tuh....) kita jangan skeptikal atau obselete...walaupun anak aku menari bukan baca quran ker....tapi aku dapat lihat objektif dia adalah untuk increase confident level budak. So this is the prepare ration kepada budak2 kan. Sebab ada gak budak yang nangis dan lack of confident....so for me this good move.

Minggu ni last week kerja, bestnyer jadi cikgu ni ialah cuti pun gaji jalan....hehehehe jangan marah. Pastu banyak free time, so pandai2lah gunakan masa yang ada ngan berfaedah. Perancangan nak ke New Zealand untuk mencari opportunity baru terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan persedia. Mula2 budget nak pergi sana sebulan untuk berkerja dan survey market kat sana, mungkin belum rezki lagi. Mana tau rezki disana lebih baik. Bak kata orang jauh berjalan luas pengalaman. Sebab aku tengok bangsa lain cukup suka merantau, orang kita yang merantau ke tempat lain pun kebanyakkan boleh berjaya. Konsepnye sebenarnya amat mudah, keluarlah dari zon selesa anda, bila ada tekana baru otak kita akan berfikir dan badan akan bergerak. Salah satu dia buatlah hutang yang banyak cam aku ni....bak kata Adiputra "matematik adalah tunjang ilmu" dan aku bersetuju ngan kenyataan dia tu. Kalau kita tengok ilmu semuanya memerlukan matematik sebagai asasnya. Bangsa kita masih lemah dalam maths. Sebab tu kita agak mundur ngan bangsa lain, so make sure lepas ni pastikan anak2 kita cekap matematik. Macam bonn siew honda yang terel matematik tapi tak reti membaca sign agreement pun pakai cap jari jer, tapi kekayaan dia sendiri mau ingatkan?

Dua tiga menjak aku belajar pasal insuran ni, adalah juga jumpa dengan perkara2 baru dan masalah2 baru. Itulah seronoknyer belajar....antaranya kebanyakkan orang yang amik insuran ni dia tak clear atau tak jelas apa yang diorang ambil. So pada aku ini satu pembaziran. Kita dah spent duit sebagai perlindungan atau investment ker so kita kena sure lah apa yang kita hendak. Sebab dalam insuran ni ada banyak produk dia. Bukan satu jer yang cover sumer, yang menjadi masalah nyer adalah sikap kita sendiri, ambil insuran pun kena fikir pasal kemampuan gak, bukan main amik ikut hati jer...kalau bayanr 3,4 bulan pastu sesak pun tak guna. Kepada agen2 tolong gak tengok kemampuan klien ok?Pastikan dulu bahawa kita mampu untuk commit. Kalau ikut pemerhatiaan aku setakat ni, orang kita masih ramai yang tak sedar pasal medical card ni, aku tak nak sentukha pasal PA atau produk2 lain, sebab pada aku benda ni sebenarnya yang paling penting, sebagai plan B semasa emergency. Bila aku tanya pasal medical card, ramailah kata dah adatapi bile suruh tunjuk takda la pulak. Bukan aku nak jual sangat pun tapi pada aku, aku ikhlas nak share betapa pentingnya benda ni. Modal paling murah dalam RM55 sebulan. Kalau bayar terus setahun lagi murah....kalau RM55 sebulan pun tak sampai RM2 seharikan? Kalau dah kena cam aku barulah terasa penting nyer medical card ni. Tapi ingat kalau amik medical card saja dia takda pulangan yer. Tapi rasa2 nye kita mesti akan gunakan jugak servis tu....tapi kalau boleh janganlah pulak doa nak masuk hospital sebab dah bayar kan? Kalau boleh tak masuk lagi baguskan....walaupun dah bayar nama pun back up plan...


Satu perkembangan terbaru yag aku tengok sekarang ni ramai gak anak2 muda awal 20-an yang berjinak2 dalam bidang investment, insuran dan seangkatan dengan nya. Pada aku ini fenomena yang baik. Harap2 diaorang ni cekallah dalam menerima penolakan. Sebab tak ramai orang sanggup buat benda ni. Cuma aku tengok masih banyak lah benda yang diorang ni kena belajar especially skill untuk convincing client. Biasalah umur baru setahun jagungkan. So jangan serik untuk belajar dan jadikan pengalaman sebagai guru yang terbaik. Ok lah, cukup sampai sini. Assalamulaikum. Selamat Hari Raya Haji......The more U give the More u get!!!

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ahaaaa.. he is my teacher!!! sebab dia lah saya dapat LK A1 masa SPM.. :D

    ReplyDelete
  3. salam cikgu...
    seronok bce blog cikgu...sangt membina bg sy yg bru nk idup nih...huhu....
    ujung buln 1 ni saya ambik exam ASM investment...cita2 nyer nk jd advisor..hihi..tp tgk la klo pass exm t..khusus dah p..
    sy nk tnye pndpt cikgu pasal ASB loan..cikgu pnh dgr?ingt nk wat ngn Mybank...10 thun 20k...wat say u??ok ke wat ASB loan tuh???

    ReplyDelete
  4. tentang asb loan tu saya cadangkan awak buat nilai paling besar dan masa paling panjang. Pastu tanya tentang offer yang ditawarkan. tengok mana yang lebih rendah...bila dah ada modal nanti awak buat over draft plak

    ReplyDelete
  5. TQ NADIA....saya hanya ajar je yang jawab awakkan...
    Feroz-sorry lama tak update ada problem sikit

    ReplyDelete
  6. ooo yke...jd cikgu setuju la dgn ASB loan ni...ada la faedah nye wat loan ni...??
    ok cikgu..terima kasih atas nasihat cikgu...TQ

    ReplyDelete